20120415

Kitab Kimyatusy Sya'adah Karya Imam Al-Ghazali



  1. Penduhuluan
  2. Anak Kunci Mengenal Alloh SWT
  3. Pembukaan Hati Ke Alam Ghaib
  4. Mengenal Alloh SWT
  5. Mengenal Dunia Ini
  6. Mengenal Akhirat
  7. Memeriksa Diri Sendiri dan Mengingat Alloh SWT
  8. Tanda Tanda Cinta Kepada AllohSWT
  9. Memandang Alloh SWT 

1. PENDAHULUAN
Ketahuilah bahawa manusia ini bukanlah dijadikan untuk gurau-senda atau "sia-sia" saja.  Tetapi adalah dijadikan dengan 'Ajaib sekali dan untuk tujuan yang besar dan mulia.  Meskipun manusia itu bukan Qadim (kekal dari azali lagi),  namun ia hidup selama-lamanya.  Meskipun tubuhnya kecil dan berasal dari bumi,  namun Ruh atau Nyawa adalah tinggi dan berasal dari sesuatu yang bersifat Ketuhanan.  Apabila hawa nafsunya dibersihkan sebersih-bersihnya,  maka ia akan mencapai taraf yang paling tinggi.  Ia tidak lagi menjadi hamba kepada hawa nafsu yang rendah.  Ia akan mempunyai sifat-sifat seperti Malaikat. 
Dalam peringkat yang tinggi itu,  didapatinya SyurgaNya adalah dalam bertafakur mengenang Alloh Yang Maha Indah dan Kekal Abadi.  
Tidaklah lagi ia tunduk kepada kehendak-kehendak kebendaan dan kenafsuan semata-mata.  Al-Kimiya' Keruhanian yang membuat pertukaran ini.  Seorang manusia itu adalah ibarat Kimia yang menukarkan logam biasa (Base Metal) menjadi emas.  Kimia ini bukan senang hendak dicari.  Ia bukan ada dalam sebarang rumah orang. 
Kimia ini ialah ringkasnya berpaling dari dunia dan menghadap kepada Alloh Subhanahuwa Taala. 
Bahan-bahan Kimia ini adalah empat :
1.  Mengenal Diri
2.  Mengenal Alloh
3.  Mengenal Dunia ini Sebenarnya. (Hakikat Dunia)
4.  Mengenal Akhirat sebenarnya (Hakikat Akhirat)
Tambah lagi satu bahan-bahan kimianya yaitu Mencintai Alloh sebagaimana yang terdapat dalam bab-bab.
Kita akan teruskan perbincangan kita berkenaan bahan-bahan ini satu-persatu...Insya Alloh.
Untuk menerangkan Al-Kimiya' itu dan cara-cara operasinya,  maka pengarang (Imam Ghazali) coba menulis Kitab ini dan diberi judul "Al-Kimiya' As-Saadah" yakni Kimia Kebahagiaan.  Bahwa perbendaharaan Tuhan dimana Kimia ini boleh didapati ialah Hati Para Ambiya' dan pewaris-pewarisNya dari kalangan ulama-ulama Sufi kalangan Aulia Alloh.  Barang siapa yang mencarinya selain itu adalah sia-sia dan akan Muflis (bangkrut) di Hari Pengadilan kelak apabila ia mendengar suara yang mengatakan :
 
"Kami telah angkat  tirai dari kamu,  dan pandangan kamu hari ini sangat tajam dan nyata". (Qaaf:22)
Alloh Subhanahuwa Taala telah turunkan ke bumi ini 124,000 orang Ambiya untuk mengajar manusia tentang bahan-bahan Al-Kimiya ini.  Bagaimana hendak menyucikan hati mereka dari sifat-sifat rendah dan keji itu.  Ikuti perkembangan perbincangan Imam Ghazali ini dari satu tingkat ke satu tingkat yang membuka jalan-jalan orang-orang Sufi yang mencapai Maqam Mahabbah, puncak tertinggi kebahagiaan yang ingin dimiliki oleh orang-orang yang Mengenal Alloh.


1 2 3 4 5 6 7 8 9

0 comments: